Music Start !

no

Saturday, 22 December 2012

Keempatbelas


 Interesting... hari ni belajar HTML

<html>
<head>
<TITLE>A Simple HTML Example</TITLE>
</head>
<body>
<H1>ROHAYU BINTI AB RASHID</H1>
<P>Suka sangat nak makan makanan<br>kawan saya nama nyer Azlina. Saya ada adik namanyer Cici dan Siti <b> mari mari belajar</b>. mari mari pergi sekolah</P>
<P>Semuga semuanya belajar dengan jayanya <u>second</u> paragraph.
</P> <BODY BGCOLOR="#f87217">

<UL>
<LI> Apples
<LI> Bananas
<LI> Grapefruit
<LI> Nenas
</UL>

<OL>
<LI> Oranges
<LI> Peaches
<LI> Grapes
<LI> Nenas
</OL>

<A HREF=“page1.html”>LINKING </A>

<br><A href=mailto:azlina@ftsm.ukm.my> Mail to Madam Azlina HAssan</A>
<br><IMG SRC=“sunset.jpeg” >
<br>
<TABLE BORDER=12>
<TR>
<TD align=center>Name</TD>
<TD align=center>No Tel</TD>
</TR>
<TR>
<TD>Rohayu</TD>
<TD>Azlina</TD>
<TD>Siti</TD>
<TD>Cici</TD>
</TR>

<TR>
<TR>0193100611</TD>
<TR>0132300711</TD>
<TD>0125683842</TD>
<TD>0125897265</TD>
</TR>
</TABLE>



</body></html>

Friday, 21 December 2012

Ketigabelas

 

PMR 2012

Keputusan PMR 2012 akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui sekolah masing-masing pada RABU, 19 DISEMBER 2012. Calon PMR boleh mengambil keputusan masing-masing selepas jam 11.00 pagi di sekolah masing-masing. Harap maklum dan terima kasih.
 Beberapa keping gambar ini adalah kenangan sebelum peperiksaanm ketika peperiksaan tapi sayang semasa keputusan tidak sekeping gambar pun dirakam.. kerana terlalu gembira..

 Ketika majlis doa restu
 Ketika hari pertama peperiksaan
dan keputusannya...

Tahun lepas PMR 2011 tahniah kepada anak sulung ku kerana telah mendapat 9A..walaupun tanpa diduga.. dan Alhamdulilah kepada Allah swt.
Tahun ini kejayaan berulang kembali kepada anakku yang kedua.
Ya Allah bersyukur kepada Mu..

Tuesday, 11 December 2012

Kesebelas

Mengejutkan!!!!!!

Alhamdulilah Ya Allah.. dengan semangat permulaan ini.
InsyaAllah akan digandakan usaha.. lebih lagi..

Sebelum Dr.umumkan keputusan..tangan kaki semua nya sejuk.. perasaan takut, semua ada
selepas melihat keputusan syukur sangat walaupun sekadar cukup makan tetapi lulus...

Betul kata adik adik sekelas.. memang agak sukar dengan tugasan dan tanggunjawab seorang suami isteri ibu bapa dan pekerja.. memang memerlukan banyak pengorbanan..Ada yang terpaksa bekerja luar selama seminggu dan pada hujung minggu perlu menghadiri kelas.. Semua ini dilakukan demi segulung Ijazah.

Ya Allah Kau permudahkan segala urusan kami dan semuga kami berjaya.

Terima kasih semua dan kepada adik adik banyak membantu.


Keep it up keep it up keep it up

Tuesday, 4 December 2012

Kesepuluh

Jom Ke SPA

Hari untuk menghilangkan stress, perjalanan mengambil masa satu jam setengah dan tol RM13.90
pakej yang menarik....

Facial
Vitamen C and Collagen
Sauna
Body Scrub
Body Massage
Manicure

Best sangat..Should go often macam ni..
Penat bekerja. dan sepatutnya kita memanjakan diri. Dan tidak kedekut untuk spending..
Kalau mahal Hajjah pun tak berani pergi, tapi harga yang ditawarkan sangant berpatutan.

Sunday, 2 December 2012

Kesembilan

Hari yang sugul

Aku berasa amat kecewa, sedih, hampa, kosong dan bermacam macam perasaan...
Samada mahu meneruskan atau berhenti ketika ini..
Prof Dr. Zaini......dan Matematik
Kenapa, Mengapa dan Bagaimana?
Aku telahpun berusaha.. tipu kalau aku tidak belajar, malah semenjak dua minggu aku memang menelaah pelajaran dan membuat ulangkaji  tetapi bersendirian.Sungguh banyak yang aku tidak faham, ianya asas, tapi sekolah dulu, aku mengambil aliran prinsip akaun bukan matematik tambahan.. ARGHHHH
Asas ku kepada Matematik memang lemah,, teringat di zaman sekolah tingkatan 4, sesiapa yang tidak membuat kerja matematik di minta menjunjung kerusi Cikgu Nasir SDARY.
Balik kepada persoalan nya, mungkin memang aku tidak mahir dan pandai dalam membuat kira kira.

Inilah cabaran pertama..
Terima kasih Dr. Zaleha, kerana mengizinkan kami semalam..


Wednesday, 28 November 2012

Kelapan

Sambil layan lagu tema Adam Dan Hawa

Mula memang tak suka nak layan cerita berangkai atau drama bersiri, sebab takut leka, tetapi bila ramai sangat kata cerita ini menarik jalan ceritanya,, so apa lagi cuba layan episod pertama, kedua ketiga,,, dan tak sangka dan episod 55..

Minggu ini ADAM DAN HAWA ... episod 55 sungguh menyentuh perasan, tahniah kepada penulis, pelakon berjaya membuatkkan Hajjah Ayu menittiskan air mata. 

Memang minat pada lakonan Aaron dan Nadia Nisa, dan juga pada semua pelakonlah,

Rasa macam tak sabar tahu kesudahan cerita ini, boleh baca novel terus lah.

P/s: kenapa perlu menangis ye,, pada cerita OMbak Rindu pun Hajjah menangis.. mungkin lakonan AA mantap.. nak jadi AAronnators lah.



.

Lagu tema Adam dan Hawa


ENJOY MYSELF . HAHAHAHA .

Tuesday, 20 November 2012

Keenam

My Journey to North Peninsula Malaysia...

Journey From Putrajaya to Perlis... about  1200km

Day 1

From Home (Putrajaya ) at 7.30 in the morning, direct to Penang...*penang here we come* . We reached there about 11.30 * at 120km per hour*.
Inilah kali pertama MIRA ANNISA dapat ke Penang, anak yang lain the last time it was 10 years ago.. for Hajjah Ayu dah selalu mai dah *loghat orang utara* atas tuntutan kerja.


Sampai sampai cari Rumah Penginapan Persekutuan, agak sukar juga nak mencari jalan, but thanks to Allah kerana permudahkan dan bantuan Mr PAPAGO...
Cantik kan untuk kemudahan kakitangan kerajaan .. kena booking online..

Journey was very fun filled with a tour to Batu Feringgi, Makan Makan at Padang Kota Lama Orang kata Penang tempat makan memang terbaik... Memang betul , we had lunch at Line Clear.. Semua kami cuba, antaranya Nasi Kandar,Pasembur, Laksa, Kue Tiau, Sotong Bakar, Kerang Bakar dan macam macam lagi,, just imagine we can ate those food in one night...

Day 2





Before checkout time, we just "tapau" breakfast for my little princess and prince charm.. depa ni bangun lambat,, * again loghat utara* so we decided to go site seing at Teluk Bahau.. We took boat with a capacity 12 person, 1 hour trip and it's only RM90, so cheap kan. And the trip was awesome, bila sampai Monkey Beach...boleh mandi manda di sini.

Inilah sebahagian dari VENNONG, nama kumpulan kami dari sekolah.. setiap orang ada namanya,, Aku Yogo Kibong, Petak Kembang dan lain lain * tak berani nak paparkan kat sini*
Then our next destination Kg Jeniang, Sg. Petani Kedah.... kami meninggalkan Penang melalui FERI jam 7 malam,, dan selamat sampai Sg. Petani Utara lebih kurang jam 8.30 malam.. singgah di Restauran untuk berjumpa Geng yang sangat kami rindu.. lama sangat tak jumpa...dan akan bermalam di Kampung nya.

Day 3

Sedap sungguh nasi lemak kukus dan kuih serabai.. Terima Kasih Normah dan keluarga,, sungguh baik layanan mereka, sangat baik..

 Next trip to Kangar, Perlis, kami meninggalkan Jeniang jam 11.30 pagi, selamat sampai KM34, Jalan Alor Setar Kangar waktu zuhur. Sepanjang perjalanan inilah pemandangan yang kami lihat sibelah kanan, subanallah,, indahnya ciptaan ilahi..
Lunch kami kari kambing terbaik  terima kasih Mama Hajjah Munah dan Tuan Haji Abdul Latif. Lepas berehat, selepas Asar kami jalan jalan sekitar Bandar Perlis,,dan singgah ke Padang Besar. * beli beras siam tau* suka MIRA dapat beli mainan dia,, paling suka nampak no thailand agaknya.
 Day 4

Pagi kami memancing ikan puyu dan haruan di bendang, banyak juga hasil tangkapan kami..Dan apalagi sesi bergambar di bendang lah paling banyak.

Selepas solat zuhur, kami pun bergerak meninggalkan Kangar dan menuju ke Cameroon Highlands, Pahang.merancang nak singgah Kuala Sepetang Makan Mee Jah,, tapi macam malas pula sebab perut dah kenyang sangat.. jadi singgah Sungai Perak..

Sesat pula tak jumpa simpang cameroon, bila sedar sesat nampak Hentian Limau Tambun, Ipoh.. Sampai Brinchang dah gelap dah..sungguh kotor dan tercemar betul Cameroon ini, menyedihkan Pahang ada tempat yang menarik tapi tidak dijaga..macam suatu kemestian, kena singgah Pasar Malam Brinchang, makan strawberi coklat dan beli jagung  kan.

Terus cari HOMESTAY KG TAMAN SEDIA, nak tidur dah letih sangat..

Day 5


Pemandangan dari Homestay kami.. Selepas sarapan di Tanah Rata bergerak ke Brinchang lagi, mahu beli sayuran.


Aduhai Kena saman pula di Kea Farm. kerana melanggar papan tanda No Parking.. hilang mood nak sambung ke Ladang Boh Tea.

Setelah puas di Cameron maka pulanglah kami ke Kuala Lumpur..

Alhamdulilah masih bernafas untuk menikmati keindahan dan keamanan di Malaysia ini..











Sunday, 11 November 2012

kelima

Pembangunan Diri

Kami dibahagi kan mengikut kumpulan,,, Hajjah Ayu dalam kumpulan ketiga
Kami ada 17 orang kesemuanyer...
Tugasan kami perlu menyediakan "Slide" untuk pembemtangan pada minggu ke 11,12,13 dan 14..
Ada dua tugasan pertama Pembentangan Tajuk Kepimpinan... Hajjah Ayu mendapat topik " Theori X dan Y.
tugasan kedua "ice breaking"
Kami semua serasi,, macam dah kenal lama... kan..kan..kan.

Inilah gambar pertama kami ketika sesi pembahagian kerja..

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=484696284909212&set=o.467474519957757&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Tugasan sebagai seorang pelajar dewasa yang mempunyai tanggunjawab sebagai seorang isteri, seorang ibu,, seorang pekerja dapat dirasai.. Hajjah Ayu seperti sudah mahu mengalah.. tapi perlu dan perlu......Tolong..Tolong..
Ya Allah permudahkan urusan hamba mu yang lemahini,, kuatkan semangatku kuatkan imanku dan terangi lah hati ku ini..

Sunday, 4 November 2012

Keempat


TISSOT 1853 PR 50 2824 25 JEWELS SWISS STAINLESS STEEL DATE AUTOMATIC MENS WATCH
Shocked !!Happy!!
Really happy for today, unexpected something comes from my beloved, After what i have done to him recently.. *wipe tears*
Thanks to him. I pray to Allah swt, to be a good wife.and try to avoid all the negative attitudes.
Not that easy, but i will.
 I never write again something special to you now this is for you
 

Dearly Beloved..
 
I’m so touched right now.
You know that I really love you no matter what happening around.
When i first met you,
I knew you were special.
Something clicked inside me,
that knew this was the beginning
of something surreal.

You have made me see
that life has so much to offer.
You encourage me to aspire
to be my best. You also guide me to be a better muslimah with your Doa..

You are my soulmates and you are my best friend.. “SEMOGA HUBUNGAN KITA DIRAHMATI ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT AMIN”





Sunday, 28 October 2012

Ketiga

Just want to Share with all,

Sifat-sifat Mahmudah ( Terpuji)

Taubat
Takut akan Allah swt
Mahabbah
Zuhud
Sabar
Syukur
Ikhlas dan Benar
Tawakal Reda dengan qadak Allah swt
Menginati Mati

Sifat sifat Mazmumah (Tercela)
Gemar makan dan minum
Banyak berkata-kata (yang sia-sia)
Marah
Hasad dengki
Kasih kepada harta, dan pada dunia

Takbur, Riyak
Ujub

Hari ini terpanggil untuk membaca buku "Indahnya Hidup Bersyariat"..kerana Hajjah Ayu ketika ini tidak dapat mengawal emosi yang keterlaluan. Mungkin silap diri sendiri..
"Ya Allah Ya Tuhanku, Aku berlindung kepada Kebesaran Allah dan kekuasaan-Nya, daripada kejahatan apa yang aku derita dan yang aku khuatirkan"

.

Saturday, 27 October 2012

Hari Kedua :)

Back to school ><

AREYOU BEGIN HERE , Terciptalah blog ini , terima kasih kepada Dr. Zaleha kerana telah mencetuskan idea untuk mencetuskan blogspot ini .

Hari kedua penuh dengan cabaran kerana class bermula dari awal pagi hingga lewat petang .

Kelas sebelah petang adalah kelas Matametik . Hajjah Ayu , tidak faham satu pun yang diajar TAPI fahamlah sikit .
*mungkin bantuan anak , tingkatan 4 diperlukan*

Ketika ini hujan sangat lebat diluar , mungkin ketika ini jika tiada kelas , Hajjah Ayu tidur .


Hari Pertama :)

Back to school ^^

Sesi taklimat untuk pelajar baru bermula !

Rindunya dewan kuliah setelah ditinggalkan pada tahun 1991 . Bermulalah mencari sahabat yang baru . seperti biasa aku senang mencari kawan baru . 

Selepas ini si GPA credit hours , cancel class , assignment , exam and semester ! Ianya akan menyeronokkan dan menambahkan pengalaman yang baru bagi HAJJAH AYUUU :D

(Terima kasih kepada suami , encik mohamad asri kerana memahami dan memberi sokongan dan dorongan .)

Sesi berkenalan bersama pelajar baru bermula ! dan rasanya Hajjah Ayu yang paling tua . *sambil tersenyum*

Nama nama seperti Prof Madya Sallehuddin dan Dr Adib.. akan ku jumpa setiap hari sabtu selepas ini .

SESI CLASS TAMAT PADA 6 PETANG !