Hari yang sugul
Aku berasa amat kecewa, sedih, hampa, kosong dan bermacam macam perasaan...
Samada mahu meneruskan atau berhenti ketika ini..
Prof Dr. Zaini......dan Matematik
Kenapa, Mengapa dan Bagaimana?
Aku telahpun berusaha.. tipu kalau aku tidak belajar, malah semenjak dua minggu aku memang menelaah pelajaran dan membuat ulangkaji tetapi bersendirian.Sungguh banyak yang aku tidak faham, ianya asas, tapi sekolah dulu, aku mengambil aliran prinsip akaun bukan matematik tambahan.. ARGHHHH
Asas ku kepada Matematik memang lemah,, teringat di zaman sekolah tingkatan 4, sesiapa yang tidak membuat kerja matematik di minta menjunjung kerusi Cikgu Nasir SDARY.
Balik kepada persoalan nya, mungkin memang aku tidak mahir dan pandai dalam membuat kira kira.
Inilah cabaran pertama..
Terima kasih Dr. Zaleha, kerana mengizinkan kami semalam..

No comments:
Post a Comment