Sukan Kriket berasal dari England. Ia diperkenalkan di Malaysia sewaktu zaman penjajahan British. Kini sukan ini semakin mendapat tempat khususnya dari golongan muda di Malaysia.
Zumba pula merupakan senanaman dance fitness yang menggabungkan elemen tarian moden dan erobik mengunakan muzik latin dan antarabangsa. Koreagrafi Zumba mengguna pakai pergerakan pergerakan dari tarian latin seperti samba, salsa merengue dan mambo), hip hop, bollywood dan juga martial arts. Senaman zumba boleh membakar sebanyak 350- 450 kalori sejam bergantung pada kadar intensil.
Combat Fitness pula berasaskan senaman cardio-kickboxing berintensiti tinggi yang jika dilakukan dengan betul, boleh membakar 400-600 kalori sejam bergantung pada kadar intensiti. Senaman ini mengadunkan elemen pertinjuan dan martial arts dalam jangka masa 50 monit. Rutin Combat FItness yang tipikal melibatkan pelbagai tumbukan, tendangan dan pergerakan seni pertahan diri, diselang-selikan dengan pergerakan linjakan badan yang berulang.
Jadi, sukan apakah yang harus aku pilih, untuk persediaan menaiki Gunung Kinabalu..Faktor umur memang tidak mampu untuk mengikuti Kriket dan Combat Fitness.
Maka, dengan ini saya rakyat Malaysia, akan memasuki Kelas Zumba setiap hari Selasa dan Khamis, satu jam. Akan kukorbankan masa makan dan tidur aku.
Bye Bye For Now
XOXO.......publish
No comments:
Post a Comment